29 November 2014

Risiko Bacaan HB Rendah Ketika Hamil

Siapa yang sedang hamil.? Berapa bacaan HB anda.? 11 ke atas @ 11 ke bawah.? Pernah nurse marah kerana HB rendah.? Runsing kerana sentiasa dimarahi nurse.? 

Alhamdulillah ketika Farah hamil setahun 10 bulan yang lepas, HB Farah sentiasa berada di 11 ke atas.. Ketika itu, Farah tidak tahu apa punca yang boleh menyebabkan HB turun dan macam mana nak buat kalau HB rendah. Kalau HB rendah apakah risikonya.? Bahaya sangat ke.? Ketika itu semua tidak tahu. Walaupun ketika itu tekanan darah turun ( memang sudah tahu), tetapi HB Farah tidak pernah turun. Jadi tak risau dan tidak membaca mengenai HB rendah ini. 

Sekarang ini Farah dah tahu risiko HB rendah dan sejauh mana bahayanya terhadap ibu dan juga bayi dalam kandungan.. Dengan sedikit ilmu yang ada dalam diri, Farah kongsikan kepada pembaca. Jom kita baca.





Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan HB adalah suatu pengukuran yang diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (HB) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.



Bacaan HB Normal


  • Paras HB seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).


Punca HB Rendah 


  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia


Risiko HB Rendah Ketika Hamil


1.Kesan kepada ibu



  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

2.Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Tanda-Tanda Awal


  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan


Langkah Yang Boleh Dilakukan

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan HB yang rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:

  • kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
  • madu (yg asli)
  • hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
  • kerang
  • sayur bayam
  • ikan bilis
  • daging


Ibu mengandung yang mempunyai bacaan HB  rendah digalakkan mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan paras bacaan HB anda. 

Jagalah kesihatan anda seawal kehamilan supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. Mencegah lebih baik daripada merawat. 


Supplement Shaklee Yang Boleh Membantu Anda

Set Lengkap Kehamilan

1. B- Complex

  •  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  •  Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang  kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


2. Vita-C


  • Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  
  • Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.
  • Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.
  • Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


3. Vita -LEA

  •  Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  •   Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  •   Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  •   Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah  merah


4. OsteMatrixTM


  •  membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.



5.  ESP


  •  Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  •  Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  •  Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 



 6. Omega Guard

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


* Set Ini Adalah Untuk Kegunaan 2 hingga 4 bulan.. RM 582.00
Untuk Maklumat Cara Pengambilan Supplement Ini, Boleh Hubungi Saya. 




TEMPAH SEKARANG





Nak Tahu  Lagi  Tentang Produk Shaklee.?




Anda Ingin Set Kehamilan Bajet.?
Boleh., Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.



28 November 2014

Buang Angin Dalam Badan ~ Peppmermint Ginger Plus

Anda mempunyai masalah penghadaman.? Banyak angin dalam badan.? Hari ini Farah nak kongsi satu lagi produk Shaklee yang boleh membantu anda. Apa dia.? Jom baca.



Peppermint ~ Ginger Plus


  • Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Kebaikan Dan Kelebihan



  • Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. 


Sesuai Untuk :- 


  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.


Kandungan Peppermint 





1.Pudina (Peppermint)



  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.



2.Halia

  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

3.Pokok adas (fennal)

  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  •  Dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


4.Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Selepas ini tiada lagi masalah banyak angin dalam badan. Cuba lah dan rasakan sendiri kelainnannya.
Sihat bersama Shaklee



90 biji : RM 45.00

TEMPAH SEKARANG



Nak Tahu  Lagi  Tentang Produk Shaklee.?





Perlukan Bantuan.?

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

27 November 2014

Khasiat Bawang Putih ~ Garlic Complex

Anda pernah makan bawang putih tanpa dimasak.? Apa rasanya.? Farah sendiri tidak suka makan bawang putih walaupun tahu kebaikan dan khasiat bawang putih banyak.. Bawang putih bukan untuk sedapkan masakan sahaja. Entry kali ini Farah kongsi sedikit kebaikan dan khasiat bawang putih untuk kesihatan badan kita yang mungkin anda semua tidak tahu @ baru tahu.
Jom baca.




Khasiat Bawang Putih Boleh Membantu :- 

1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.





Jom Makan Bawang Putih





Tidak Perlu Lagi Makan Bawang Putih Mentah. Gantikan Dengan.......

Ini >>>>>


                




















Garlic Complex

Kod Produk:10127 (120 tablet)
Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.
Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*
Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.

60 biji : RM 47.50
2 biji sehari sekali makan


Tempah Sekarang









Nak Tahu Tentang Produk Shaklee.?





Perlukan Bantuan.?

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.


26 November 2014

Kesihatan Tulang Anda ~ Advanced Joint Health Tablet

Masalah kesihatan tulang dan sendi jangan di pandang remeh kerana bermula sakit sedikit,lama kelamaan akan menjadi parah. Sakit sendi dan tulang biasanya berlaku di kalangan orang yang sudah berusia.. Tetapi anda yang masih mudah jangan fikir anda tidak mengalami masalah ini. Bagi anda yang mengamalkan gaya hidup aktif, anda juga mungakin akan mengalaminya. Di entry ini Farah kongsi sedikit mengenai penyakit tulang dan sendi.






Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.



Punca Sakit Sendi
  • Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  1. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  2. Berat badan berlebihan
  3. Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  4. Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  5. Penyakit sendi seperti arthritis
  6. Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  7. Penyakit tulang
  8. Ketumbuhan
  9. Jangkitan kuman
  10. Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  11. Penyakit kronik
  12. Ubat-ubatan



Langkah Mudah Atasinya


Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.

  • Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
  • Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
  • Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
  • Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
  • Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
  • Kurangkan berat badan
  • Guna kasut bertumit rendah
  • Bijak menangani tekanan
  • Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus
Terus Berjumpa Doktor Sekiranya :- 
  • Jika sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
  • Jika sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
  • Berjumpa doktor segera setelah cedera
  • Sakit yang menghalang anda dari bekerja
  • Sakit yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
  • Penurunan berat badan yang serius
  • Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
  • Penglihatan yang kabur
  • Sakit perut atau cirit
  • Sendi yang bengkak dan merah
  • Menghidap HIV atau kanser

Hindari :-

  • Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
  • Tidur di atas tilam yang keras
  • Elakkan mengangkat barang berat
  • Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  • Pengurangan berat badan boleh membantu
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
  • Menangani tekanan.

Bagaimana Advanced Joint Health Tablet Membantu?



Advanced Joint Health Tablet

Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi

Kod Produk:11004 (60 tablets)
Shaklee Joint Health Tablet:
  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

60 biji : RM 124.00

2 biji sehari selepas makan



Tambahan Bersama Untuk Hasil Yang Memuaskan



120 biji : RM 61.00

2 biji sekali makan , 2 kali sehari , lepas sarapan dan lepas makan malam




Nak Tahu Tentang Produk Shaklee.?





Perlukan Bantuan.?

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

25 November 2014

Kebaikan Alfalfa Complex

Farah adalah pengguna Alfalfa Complex untuk penyusuan. Kesannya.? Memang nampak hasil. Dulu sebelum Farah amalkan Alfalfa, breast sentiasa bocor lepas beberapa jam. Dah tak boleh minum air lagi.. Sebab takut bocor. Lepas itu, anak pun menyusu kejap jek sebab susu di breast dah habis. Sekarang minum air banyak-banyak pun tak kisah sebab dah tak bocor lagi. Susu badan jadi pekat. Rasa breast tak penuh lagi, tapi anak menyusu lama. Macam tak habis-habis pula susunya. Rasa anak puas menyusu..





Dan lagi satu yang Farah baru tahu. Alfalfa ini boleh  mngembalikan tisu-tisu dalaman faraj kita (mengetat). Buat suami terpikat. Alfalfa ini adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Wow! Manfaatnya sangat banyak untuk keintiman wanita terutama juga bagi masalah keputihan. Keputihan yang teruk boleh mengganggu hubungan intim juga tau.  Ianya lebih kepada cara untuk selesaikan masalah keputihan dan dalaman wanita.

Dengan sedikit gadungan dari produk shaklee yang lain, Alfalfa boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan anda. Alfalfa berfungsi sebagai pembuang toksin dalam badan.






Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.








330 biji : RM 53.75
700 biji : RM 97.50


Tempahan Sendiri 



Nak Tahu Tentang Produk Shaklee.?





Perlukan Bantuan.?

Hubungi Saya



FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

CarotoMax® Untuk Kesihatan Mata Anda

Mata adalah organ yang sangat penting pada tubuh kita. Dengan mata, kita dapat melihat keindahan dunia ini. Oleh karena itu, penting sekali bagi kita untuk tetap menjaga kesehatan mata. Kita harus senantiasa menjaga kesehatan mata kita agar terhindar dari berbagai penyakit mata.Seperti seseorang yang sering membaca buku, bermain game terlalu lama, dan sebagainya.




Penyakit mata yang sudah tidak asing lagi kita dengar seperti miopi atau rabun jauh, hipermetropi atau rabun dekat, presbiopi atau tidak dapat melihat benda yang jauh maupun dekat, katarak, buta warna yang tidak dapat melihat berbagai macam warna. Ada banyak hal yang dapat Anda lakukan untuk menjaga kesehatan mata dan dapat terhindar dari penyakit mata tersebut.


Carotomax Boleh Membantu Anda


CarotoMax®

Rumusan Enam Karotenoid Paling Berkhasiat

Kod Produk:10113 (30 capsules)
Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!
Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.
  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
30biji : RM 74.00




Secara umumnya Carotomax boleh membantu: 

  • kesihatan retina mata - mengurangkan rabun. Jika diamalkan secara konsisten, rabun akan terus pulih! Insyallah 
  • kesihatan tulang 
  • kesihatan tisu kulit 
  • pembentukan sel darah putih & sel darah merah 
  • pembentukan membran mukus mengekalkan sistem imunisasi badan yg sihat 



Kehadiran Vitamin A dapat membantu kesihatan tisu kulit & pembentukan membran mukus badan (kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit) & juga pembentukan sel darah putih atas tujuan yg sama. 




Buat Belian Sendiri








Nak Tahu Tentang Produk Shaklee.?





Perlukan Bantuan.?

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.


24 November 2014

Tips Melatih Anak Ke Tandas

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.


Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih.

Kepentingannya

Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak  supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada latihan, pada umur 4 tahun sahaja mereka mungkin boleh berada dalam keadaan kering dan bersih.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kurang upaya pula memerlukan bantuan latihan untuk menjadikan mereka lebih berdikari tanpa meminta bantuan pertolongan daripada sesiapa.
Cara memberi latihan kepada kanak-kanak yang normal dengan  kanak-kanak yang kurang upaya adalah berbeza kerana melatih kanak-kanak yang kurang  upaya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu mengambil masa yang panjang. Dan apa yang penting adalah sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus untuk mereka supaya boleh lebih berdikari sendiri.




Kenapa kanak-kanak tidak mampu untuk ke tandas?


  • Mempunyai perkembangan mental yang lambat dan juga menghadapi masalah fizikal.
  • Ibu bapa/penjaga tidak menyediakan keperluan yang diperlukan dan juga memberikan latihan kepada anak.
  • Kanak-kanak tidak mampu untuk mengawal pundi kencing mereka.
  • Tidak mendengar ataupun memahami arahan yang ringkas




Langkah-Langkah untuk Latihan ke Tandas


Kenalpasti  kekerapan dan masa yang biasa kanak-kanak itu membuang air. Untuk mengenalpasti keadaan ini, ibubapa / penjaga boleh membuat satu jadual untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air.


Mula Apabila Kanak-kanak Telah Bersedia

Biasanya kanak-kanak yang normal pada umur 2 hingga 2½ tahun boleh mula dilatih, tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat, latihan ke tandas boleh dimulakan pada umur 3 atau 4 tahun ataupun lebih.

Tiga cara untuk melihat samada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :

1. Mengawal pundi kencing


  • Adakah kanak-kanak sentiasa kering pada setiap jam.
  • Adakah kanak-kanak tahu tentang hendak membuang air (lihat pada muka, dua belah kaki kanak-kanak).
  • Adakah kanak-kanak membuang air dengan banyak pada satu masa tanpa meleleh/menitis pada setiap masa.
  • Jika kanak-kanak dapat mengawal 3 perkara ataupun sekurang-kurangnya 2 perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal  pundi kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.


2. Persediaan untuk bekerjasama

Untuk melihat kanak-kanak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepada kanak-kanak seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga meminta kanak-kanak menepuk tangan. Jika kanak-kanak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.


3. Persediaan fizikal dan emosi



  • Bolehkah kanak-kanak mengambil objek yang kecil dengan mudah.
  • Bolehkan kanak-kanak berjalan /bergerak dengan sendirinya.
  • Bolehkah kanak-kanak mencangkung atau duduk diatas bangku /tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri.
  • Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa.
  • Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang.
  • Mahu bersendirian apabila ingin membuang  najis.


Jika kanak-kanak itu dapat lakukan seperti diatas, ini bermakna mereka sudah boleh dilatih untuk ke tandas tetapi masih memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan emosi.



Melatih Kanak-kanak di atas Potty


  • Kenalpasti masa yang biasanya  kanak-kanak membuang air contoh selepas makan.
  • Selepas mengenalpasti masa tersebut, latih  kanak-kanak untuk ke tandas atau pun letakkan kanak-kanak di atas potty.
  • Berikan galakkan kepada mereka dengan perkataan yang biasa digunakan (seperti shiiiih atau poo).
  • Tinggalkan  kanak-kanak diatas potty sehingga membuang air.   Jika tidak membuang air, kanak-kanak tidak harus didudukan/ditinggalkan di atas potty lebih dari 10 minit.
  • Pastikan potty diletakkan dalam keadaan yang selamat.
  • Beri ganjaran setelah kanak-kanak berjaya membuang air seperti tepuk tangan, cium dia, dan lain-lain.
  • Jika kanak-kanak tidak membuang air semasa latihan, jangan paksa atau menghukum. Jangan mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakuka kesalahan semasa latihan ke tandas.







Membersihkan


  • Terangkan kepada kanak-kanak bahawa bermain dengan najis adalah tidak baik.
  • Ajar kanak-kanak untuk membersihkannya dan basuh tangan kamu dan kanak-kanak itu dengan sabun.
  • Ajar dan bantu anak untuk menggunakan flush.
  • Ajar kanak-kanak supaya membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan potty bagi contoh dengan membasuh tangan anda sendiri.




Tunjuk Ajar Cara Menanggalkan Seluar dan Bukan Hanya Memberi Arahan


  • Ibubapa digalakkan memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian (seluar) yang mudah untuk ditanggalkan/dilonggarkan. Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak untuk menanggalkan/melonggarkan pakaian (seluar) mereka apabila hendak ke tandas.



  • Jika kanak-kanak tidak boleh melakukannya (susah untuk melaksanakan tugasan), ibubapa/penjaga tidak boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bantu mereka dengan cara melakukan bersama-sama kanak-kanak tersebut supaya dapat belajar bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sendiri.



  • Jika kanak-kanak susah untuk menarik pakaian (seluar) ke bawah, gunakan pakaian (seluar) yang mudah untuk dilonggarkan, contoh : seluar yang elastik, seluar yang menggunakan velcro.



  • Elakkan menggunakan seluar yang berbutang dan bertali pinggang.





Latihan ke Tandas untuk Kanak-kanak Keperluan Khas


  •  Ketidakupayaan fizikal - membuat pengubahsuaian tandas dan gunakan alat bantuan bagi memudahkan mereka menggunakan tandas tersebut dengan keadaan fizikal mereka .Mereka memerlukan sokongan dari ibubapa bagi mempelajari kemahiran yang baru untuk ke tandas.




  • Ketidakupayaan penglihatan - benarkan mereka menerokai tandas dan kedudukan tandas.Letakkan tangan kanak-kanak itu di bahu anda semasa anda bergerak dan beri galakkan untuk kanak-kanak untuk menyentuh peralatan yang digunakan di dalam tandas. Anda perlu menerangkan apa yang anda lakukan . Benarkan kanak-kanak itu untuk berdikari dan mencubanya. Mangkuk tandas bermuzik membantu  dalam proses pembelajaran dan ianya menyeronokkan.


  • Ketidakupayaan pendengaran - Gunakan bahasa isyarat yang dapat difahami agar mereka boleh menggunakan  ia untuk ke tandas. Gunakan buku untuk mengajar keperluan ke tandas.




  • Masalah pengawalan pembuangan air kencing - Latih kanak-kanak itu menggunakan jadual dan kerap ke tandas, contoh setiap jam perlu ke tandas samada untuk membuang atau tidak.



  • Permasalahan tingkahlaku - Tunjukkan gambar-gambar tandas atau kanak-kanak membuang air di tandas. Ajar untuk memberitahu, sekurang-kurangnya menyebut tandas,atau tunjuk ke arah tandas/gambar tandas/dan sebagainya.


Semoga apa yang Farah share ini berguna untuk para ibu bapa mengajar sedikit anak-anak untuk berdikari. Di samping itu, dapat juga ibu bapa berjimat.. Tak perlu lagi beli pampers. kan.? Farah juga dalam proses mengajar Fiqar untuk berdikari.. Sama-sama kita menimba ilmu. InsyaAllah di lain entry, Farah akan kongsi tips yang lain pula. Nanti kan... Sekian...




Rujukan:- 

Creating Toilet Training Plan (2003). Guide to Toilet Training,American Academy of Pediatrics. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.healthychildren.org

Mayo Clinic Staff (2011, 6 November).Potty training : How to get job done. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.mayoclinic.com/health/potty-training/ CC00060/ METHOD=print

Syahida(2010, 13 January). Pendidikan Awal Kanak-kanak , latihan ke tandas. Retrived  June 19, 2013 from http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/01/belajar-ketandas.html







Nak Tahu Tentang Produk Shaklee.?





Perlukan Bantuan.?

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.



Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...