Tips Penjagaan Luka Bersalin

Sekarang nie nak share pulak tips @ cara penjagaan luka bersalin. Tak kira lah bersalin normal @ pembedahan.. Kedua-dua nya penting dan rumit,akan tetapi penjagaan abgi luka pembedahan mengambil jangka masa yang agak lama dan memerlukan ketelitian yang betul agar luka tersebut tidak bernanah dan jahitan terbuka. 

Penjagaan yang rapi selama 40 hari. Bagi Farah pula.,penjagaan luka pembedahan Farah sepanjang masa kerana kita tidak tahu tahap sembuh luka kita terutama di bahgian dalam. Jadi sepanjang 1 tahun 8 bulan nie lah Farah menjaga nya..

Penjagaan Luka Bersalin

Jahitan episiotomi

  • Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.
  • Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.
  • Kawal pergerakan agar jahitan tidak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak lain.

 Pembedahan Caesarean

  • Ibu yang menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.
  •  Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit.
  •  Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.


Cara Penjagaan Luka Yang Betul


1. Jagaan perineum (kemaluan)


  • Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
  • Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
  • Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
  • Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor

2. Pemakanan

  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.

3. Senaman dan Aktiviti

  • Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
  • Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
  • Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
  • Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh

4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan

  • Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
  • Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
           - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
           - Cantuman luka : elok atau terbuka
          - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
          -  Ibu mengalami Demam



Berpantang secara moden @ tradisional adalah pilihan para ibu semua. Apa yang penting berpantang lah dengan cara yang betul dan teratur bagi menjamin kesihatan kita di kemudian hari.. Kekal sihat,cegas dan awet muda.. :) Selamat Mencuba...





NAk berpantang dengan Shaklee..?
Boleh membantu anda mempercepatkan proses penyembuhan luka secara semula jadi.
Hubungi saya
Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)