18 September 2014

Kebaikan Memeluk Isteri

Perkongsian hari ini... Diharap kita sama - sama dapat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhirnya.. Kekalkan lah kemesraan suami dan isteri seperti mana sewaktu bercinta dulu... InsyaAllah..pastinya akan bahagia selamanya...Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.. Sesungguhnya Ajal Maut sudah ditentu kan oleh ALLAH tidak akan terlambat @ tercepat walaupon sesaat....



Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


  • “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
  • “Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
  • Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
  • Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
  • “Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
  • Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
  • “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.



Nak Oder Shaklee untuk kesihatan suami @ isteri anda.? Xtahu yang mana sesuai.? Saya boleh tolong anda... Hubungi saya segera..
Farah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...