02 August 2014

SENGGUGUT & Cara Mengatasinya

Kebanyakan wanita yang kedatangan haid akan merasa sakit dibahagian perut dan peranakan yamh di panggil Senggugut.. Maaf Farah tidak pernah mengalaminya. Farah cuma ada kawan2 yang kebanyakan nya akan Senggugut ketika Haid. Ada yang sangat teruk,ada yang biasa2 jek... Biasa nya teruk laa... Farah nak share cikit tentang Senggugut nie dan cara mengatasinya.. InsyaAllah ape yang Farah Share nie boleh membantu kaum wanita semua.

Ape Itu Senggugut.?

Senggugut ialah rasa sakit yang dialami ketika datang haid. Kebiasaannya diterjemahkan oleh pesakit seperti rasa kejang atau ’cramp’ di bahagian bawah perut, sekitar ari-ari, pinggang dan juga di bahagian tulang pinggul. Dalam bahasa perubatannya, ia dipanggil ’dysmenorrhoea’.

Punca

• Memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
• Saluran pangkal rahim yang sempit.
• Penyakit-penyakit perkakas peranakan.

Sintom

• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit pinggang serta belakang
• Kelesuan
• Loya dan muntah, kadangkala cirit-birit
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Kerap membuang air kencing
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam hingga kedua-dua kaki terasa lenguh.

Jenis-Jenis Senggugut 

Primer:
-Sering berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid dan anak gadis di sekitar lingkungan umur 16 hingga 25 tahun, terutamanya yang belum berkahwin.
-Senggugut jenis ini tidak berpunca dari sesuatu jenis penyakit.
-Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan oleh:-
      1.kuncupan rahim yang begitu kuat sekali (hasil tindakan hormon yang digelar prostaglandin) untuk                     mengeluarkan ketulan darah haid.
     2.pengeluaran darah haid yang perlu melalui saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di                      kalangan gadis remaja.
-Kesakitan ini biasanya akan berkurang atau hilang selepas berkahwin atau selepas melahirkan tetapi jika kesakitan masih ditahap yang teruk, kemungkinan senggugut tersebut dari jenis sekunder.
-Ada juga sesetengah wanita, senggugutnya hanya hilang apabila menopaus (memanglah hilang sebab dah tak ada haid!)
-Senggugut jenis primer ini biasanya tidak menyebabkan kemandulan.
 -Tahap kesakitan dan jangka waktu sakit adalah berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. -Kebanyakannya mengalami senggugut pada hari pertama haid dan hanya untuk satu ataupun dua hari sahaja.


Sekunder:

• Biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.
• Lazimnya senggugut ini lebih teruk dan lebih panjang waktunya.
• Antara punca penyebabnya adalah:
(a) Jangkitan kuman pada perkakas peranakan
(b) Ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis dan fibroid
(c) Rahim yang terbalik (retroverted uterus)

• Senggugut jenis ini jika dibiarkan boleh membawa kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.


Sumber Dari Akademi Perubatan Islam Nur Syifa

ANGIN SENGGUGUT.

Saya baru kali pertama merawat seorang perempuan yang mengalami senggugut semenjak sembilan tahun yang lalu. Saya terdiam mendengar cerita suaminya pada malam itu setelah saya meminta penjelasan apa sebenarnya yang berlaku disebalik peristiwa kesakitannya. Menurut suaminya , dia selalu berbual secara misteri bersama isteri sewaktu isterinya tidur. Seolah olah ada satu suara lain disebalik isterinya yang sedang tidur, tapi dia kenal itu adalah suara isterinya. Apabila bangun pagi nanti dia akan menceritakan semula pengalamannya berbual bual mengenai diri yang satu lagi semalaman itu. Sehingga akhirnya suami dapat meneka ada sesuatu keganjilan telah berlaku dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.

Isterinya selalu menafikan dirinya berbual sewaktu tidur, sehingga dua tiga malam yang sudah,mereka berjumpa saya, saya rasa isterinya masih belum menerima apa yang diperkatakan oleh suami. Suaminya menceritakan satu persatu pengalamannya berbual dengan makhluk ghaib yang menumpang suara isteri setiap kali isteri tidur itu sudah berlalu dan bermula semenjak sembilan tahun yang lalu. Ini satu perkara yang tahyul dan benar benar dongeng saya rasa. Eloklah kalau saya yang menceritakan di sini, memang di sini ruangan berdongeng. Suaminya pernah berkata dengan saya budak perempuan itu berumur sekitar enam belas tahun dan dia tidak pernah memberutahu kepadanya siapakah nama sebenarnya. Kenapa dia datang dan apa yang dia lakukan semua dia beritahu kepada suaminya.

BERCAKAP DENGAN JIN SENGGUGUT.

Saya terus meminta izin dengan suaminya meminta izin untuk menyoal siasat isteri yang saya lihat semenjak dari tadi tidak memandang ke arah saya. Cara dia duduk pun dapat saya rasakan mungkin dia ada masalah batin dengan saya. Rupa rupanya benar, dia mengakui. Semenjak dari awal tadi dia sudah merasa gelisah dan risau dan bimbang, tak tau pula apa yang dirisaukan. Tapi saya lama lama dengar satu suara halus." Abang, jom lah balik..jom la bang, kita balik..Ustaz ni jahat tau .." saya pun hairan tiba tiba dia bersuara kepada suaminya dengan mengajak pula suaminya balik ke rumah.

Saya agak inilah suara suara yang selalu mengajak suaminya berbual sepanjang malam sebelum suaminya sendiri tertidur. Suaminya itu sebenarnya anak bekas tok sidang di BNO yang bekerja di Kuala Lumpur. Saya pernah berkawan dengan adik adik lelakinya termasuk Mamat. Kalau Farid saya pernah berjumpa di rumah Wak Juki Parit Baru sewaktu di jemput datang melihat anaknya yang terkena isim akibat mengamalkan ayat ayat perang. Saya seru jin yang berada di dalam perut isterinya keluar sebahagian supaya dapat bercakap dengan saya dan membuat sedikit perjanjian kalau boleh. Saya minta Kak Hasbi yang kebetulan pula datang pada malam itu untuk menjadi sarung kepada jin senggugut ini.

JIN SENGGUGUT MAKAN JANIN DAN DARAH.

"Kenapa kamu ganggu saya, kenapa kamu kacau aku nak duduk dengan dia" meracau racau marah suara keras itu memarahi saya." aku tahu kamu dah tipu kawan kawan aku, kamu perdaya dia dengan bermacam macam cara, tapi jangan ingat boleh perdaya aku..ha ha ha ha.." Terkedu saya mendengar kata katanya, seolah olah dia mengikuti perkembangan diri saya merawat dan berunding dengan jin. Memang saya memilih berunding kerana itu adalah pesan guru. Jadi pasti ada kebaikan jika menurut pesan guru. Tetapi individu lain, lain pula haknya, saya tidak boleh menghukum mereka. Kenapa saya berunding dengan mereka , sebab saya dibenarkan menyembelih mereka kalau mereka mendustakan Allah dan rasul itu sahaja.

Saya beri tawaran istimewa yang sangat sukar diperoleh jika tidak mendapat kerjasama dari bangsa jin yang sama. Kepada jin pemakan janin itu saya tawarkan makanan janin dari alam jin setiap hari semangkuk besar. Saya jemput salah seorang dari bangsa yang sama dengannya yang sememangnya suka makan darah dan janin membawakan semangkuk penuh janin di dalam pandangan jin. Setelah hidangan itu sampai, terjelir jelir lidahnya bersegera untuk menghirup darah yang ada. " Nanti dulu, saya benarkan kamu memakannya selepas kamu keluar dari tubuh ini. Dia pun bersetuju lalu dia menjerit dan perlahan lahan dia mengendurkan diri keluar dari tubuh Kak Hasbi. Saya faham ada permainan menguji kecekapan akal waktu itu sebagai tanda kebijaksanaan sang jin penipu. Dia keluar memang dah keluar tapi keluar dari tubuh Kak Hasbi masuk semula ke sarung tubuhnya yang asal juga.


Dengan izin Allah saya terus bangun dan mendekati isteri si Fadil, meminta dengan menghadapkan diri ke arah kiblat dan meluruskan kedua belah kakinya. Tidak lama selepas itu isteriny terjatuh ke lantai simen, segera dipapah oleh suaminya yang kebetulan pun memang ada disebelahnya. Tidak lama kemudian isterinya kembali pulih dari lemah dan ingatannya pulih segera, dia bercerita kepada saya banyak angin telah keluar sebenatar tadi. Senak perutnya selama ini tiba tiba hilang serta merta. tetapi badannya terasa amat lemah sekali. Saya bersyukur ke hadrat Allah saya dapat berunding dan mengeluarkan jin pemakan darah dan janin wanita itu selama ini. Hanya dengan bantuan dari Allah..

Supplement Cadangan Shaklee.





Cara Makan:- 
2 biji sehari sekali makan. Makan setiap hari walaupon sedang haid. 
** Berhenti makan jika sudah hamil

Alhamdulillah,setakat ini sahaja yang Farah dapat Share.. Moga apa yang Farah share dapat membantu kaum wanita untuk mengatasi masalah senggugut nie.. Sama-sama kite berusaha. dalam berusaha jangan pula kita putus berdoa.. Berdoa dan terus berdoa. Agar diberi kesihatan yang baik.. Aamiin..

Untuk Maklumat lanjut hubungi 
Farah 
011-27794946(sms/whatsapp)


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...