16 July 2014

Kencing Kotor

Kencing Kotor sering berlaku di awal kehamilan.. Farah juga tidak terlepas dari mengalami nya..3 minggu baru baik...Baru lepas ke toilet,dah rase nk pergi lagi..Merimaskan.. Rasa macam nak duk jek kat toilet tuu lama2... Tapi xsedap pulak kan... Badan pon rase letih jek.. Yela semua air dalam badan dah kua...Sampai dah xthu nk buang ape lg..  Farah pergi klinik,dan dktr bg ubat untuk kencing Kotor..

Maksud Kencing Kotor

Dikenali sebagai Jangkitan Kuman pada Salur Kencing(Urinary Tract Infection/UTI) yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing. Kuman datangnya dari kulit dubur,faraj dan lubang dubur.






Wanita hamil berisiko tinggi mendapat kencing kotor kerana:-

  1. Paras hormon  tinggi,untuk memberi laluan kepada pembesaran bayi akan melemahkan sistem kekuatan pundi kencing dan otot dan boleh menganggu kelancaran air kencing keluar.
  2. Saiz rahim yang membesar akan menekan uretra,yang menyebabkan saluran air kencing tersekat.
  3. Air kencing wanita hamil berasid dan mempunyai kadar gula yang agak tinggi.



Tanda tanda Alami Kencing Kotor


  • Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-air
  •  Kerap membuang air kecil
  • Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
  •  Rasa sakit setiap kali buang air kecil
  •  Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil


Cegah Kencing Kotor


  • Terus berjumpa doktor untuk rawatan.
  •  Minum banyak air putih, 6-8 gelas sehari.
  • Terus buang air kecil jika terasa hendak kencing.
  •  Selepas buang air kecil biasakan mengelap dari depan ke belakang untuk mengelak kan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  •  Sebelum melakukan hubungan kelamin, buang air kecil dahulu dan cuci dengan bersih.
  • Minum air barli
  •  Kurangkan minuman manis dan berkafein.
  • Ambil supplement tambahan seperti vitamin C, Zinc atau Carotene untuk meningkatkan imun tubuh bagi melawan penyakit.

Supplement Cadangan







Mencegah lagi baik dari mengubati.. Jadi sebelum terlambat,ambil lah langkah bijak dengan mengamalkan supplement yang sesuai... InsyaAllah,penyakit itu akan dapat diubati.
Untuk Pertanyaan Lanjut.Anda boleh hubungi saya.
Farah
011-27794946(sms/whatsapp)
FB : https://www.facebook.com/kecik.sangat

**rujukan dari Dr Zubaidi

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...